Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Filipina sasar beri senjata kepada pemimpin masyarakat bagi bantu perangi jenayah, dadah

Pihak berkuasa menafikannya dan menyatakan bahawa semua yang terbunuh adalah penjual dadah yang berkelakuan ganas dan memaksa polis untuk menembak mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina sasar beri senjata kepada pemimpin masyarakat bagi bantu perangi jenayah, dadah

President Rodrigo Duterte. (Gambar: Reuters/Dondi Tawatao)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 09:03PM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 09:08PM

MANILA: Kementerian Dalam Negeri Filipina menyatakan hari ini (13 Jun) bahawa ia merancang untuk memberi pistol untuk para pemimpin masyarakat yang sanggup memerangi jenayah dan dadah. Langkah tersebut mencetuskan kebimbangan bahawa lebih banyak keganasan akan berlaku.

Presiden Rodrigo Duterte pada hari Selasa berkata beliau sedang menimbangkan untuk melengkapi para pemimpin masyarakat dengan senjata, selepas berunding dengan pihak polis dan masyarakat perisik.

Beliau minggu lalu bersumpah untuk memberi perlindungan undang-undang yang sama seperti yang diberikan kepada tentera atau polis kepada para pemimpin masyarakat. Mereka juga "tidak akan dipenjarakan" sekiranya mereka menembak orang-orang yang disyaki penjenayah, ketika melaksanakan tugas mereka.

Encik Martin Dino, yang bertanggungjawab terhadap 42,000 pemimpin masyarakat di negara itu, berkata bahawa pistol akan diberikan secara percuma, atau pembelian swasta akan diberikan subsidi, tetapi hanya untuk ketua-ketua kampung yang tidak terlibat dalam gejala dadah.

Presiden Duterte berulang kali menyatakan bahawa ribuan pegawai masyarakat terlibat dalam perdagangan dadah, tanpa mengulas lanjut.

Kempen perang dadah oleh Presiden Duterte membunuh ribuan orang dan mencetuskan rasa bimbang di peringkat antarabangsa.

Aktivis dan lawan politik Presiden Duterte mengatakan kempen itu lebih menyasarkan para pengguna dan penjaja kecil-kecilan di kalangan masyarakat miskin dan menuduh polis menembak para suspek, tanpa bukti yang kukuh.

Pihak berkuasa menafikannya dan menyatakan bahawa semua yang terbunuh adalah penjual dadah yang berkelakuan ganas dan memaksa polis untuk menembak mereka.

Kumpulan aktivis Rise Up for Life and for Rights menyatakan bahawa pemerintah taksub untuk menakut-nakutkan masyarakat, dan bukan menangani punca utama penagihan dadah. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan