Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Filipina sambut Hari Easter dalam keadaan suram; tempoh perintah berkurung mulai esok

Jutaan penduduk Filipina menyambut Hari Easter dalam suasana sepi hari ini (4 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina sambut Hari Easter dalam keadaan suram; tempoh perintah berkurung mulai esok

Penduduk Filipina di luar sebuah gereja di Manila (Gambar: AP/Aaron Favila)

Diterbitkan : 04 Apr 2021 06:05PM Dikemas Kini : 04 Apr 2021 06:08PM

MANILA: Jutaan penduduk Filipina menyambut Hari Easter dalam suasana sepi hari ini (4 Apr).

Negara yang majoriti penduduknya beragama Katolik itu akan melanjutkan tempoh perintah berkurung sehingga 12 April.

Ia akan dilaksanakan di sekitar Metro Manila dan empat wilayah berdekatan, mulai esok (4 Apr).

Perintah berkurung itu akan menjejas lebih 24 juta orang - iaitu 20 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di Filipina.

Upacara keagamaan di gereja dan perhimpunan ramai akan dilarang.

Pasar raya, farmasi dan perniagaan yang menyediakan khidmat penting bagaimanapun dibenarkan untuk beroperasi.

Langkah itu diumumkan setelah Filipina melaporkan lebih 12,500 kes baru semalam (3 Apr).

Varian virus COVID-19 yang lebih mudah berjangkit dan kurang pematuhan kepada protokol kesihatan disebut sebagai punca lonjakan kes jangkitan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Kapasiti unit jagaan rapi di hospital-hospital di Metro Manila sudah mencapai tahap kritikal, dengan 80 peratus katil digunakan ketika ini. 

Sumber : Agensi berita/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan