Images
  • gempa filipina 13 sep
    Gempa bumi melanda Filipina pada 13 Sep petang (Gambar peta: USGS)

Filipina dilanda gempa bumi 5.2; gegaran terasa di Manila

MANILA: Gegaran dirasakan di ibu kota Filipina apabila gempa bumi sekuat 5.2 pada skala Richter melanda 17 kilometer dari timur Carlagan di wilayah Quezon, pada Jumaat (13 Sep) petang, menurut USGS.

Gempa tersebut berpusat pada kedalaman 10 kilometer, menurut Institut Kajian Gunung Berapi dan Seismologi Filipina.

Gegaran dapat dirasakan di ibu kota Manila dan bangunan-bangunan dikosongkan, termasuk sekolah-sekolah yang sebahagiannya turut mengumumkan kelas digantung.

Politeknik Universiti Philippines menyatakan di Twitter: "Menyusuli gempa bumi, kelas dan kerja di semua cawangan dan kampus PUP NCR dibatalkan hari ini 13 September 2019."

Menurut satu akaun Twitter milik Universiti Santo Thomas, gegaran "dirasakan di kampus dan bahagian lain Manila."

Gambar-gambar online menunjukkan para pelajar bergegas keluar dari bangunan-bangunan sekolah dan berhimpun di Dataran Qadricentennial dekat dengan bangunan utama sekolah yang "kalis gempa".

- CNA/TQ/tq

Top