Filipina ancam putus hubungan diplomatik dengan China
Filipina mengancam hendak memutuskan hubungan diplomatik dengan China, jika terbukti kapal China sengaja melanggar sebuah bot nelayan Filipina.
BEIJING: Filipina mengancam hendak memutuskan hubungan diplomatik dengan China, jika terbukti kapal China sengaja melanggar sebuah bot nelayan Filipina.
Pelanggaran itu berlaku pada Ahad (9 Jun) di Laut China Selatan di dalam jarak 200 batu nautika zon ekslusif ekonomi Manila, yang juga dituntut China.
China menyifatkannya sebagai satu pelanggaran biasa.
Bagaimanapun, Setiausaha Pertahanan Filipina mengutuk sesuatu yang didakwanya sebagai "perbuatan pengecut" China meninggalkan 22 nelayan terbiar dalam bot tersebut.
Mereka diselamatkan oleh sebuah kapal Vietnam.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mengutuk tindakan membiarkan para nelayan itu sebagai tidak "bertamadun dan keterlaluan".
Manila juga menggesa pihak berkuasa China supaya menyiasat insiden pelanggaran itu dan mengambil tindakan ke atas kakitangan kapal China terbabit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.