Images
  • vaccination
    Gambar fail seorang doktor menyediakan vaksin. (Gambar: Reuters/Eric Gaillard)

Filipina ambil langkah berjaga-jaga berdepan "senario terburuk" denggi

FILIPINA: Filipina mengambil langkah-langkah bagi menghadapi kemungkinan berlaku "senario terburuk" berikutan pendedahan bahawa vaksin anti-denggi yang diberikan kepada ribuan kanak-kanak mungkin boleh menyebabkan penyakit itu menjadi lebih teruk bagi sesetengah pesakit.

Filipina adalah negara pertama menggunakan Dengvaxia, vaksin pertama cegah denggi, pada tahun lalu.

Lebih 730,000 murid di tiga wilayah Filipina sudah diberi vaksin tersebut namun pemerintah menggantung program imunisasi itu.

Sebanyak 11 negara lain, termasuk Singapura, juga sudah meluluskan penggunaan vaksin itu yang dihasilkan syarikat Sanofi Pasteur. 

- Agensi berita/MU/nk

Top