Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Fesyen pelitup COVID-19 daripada kulit ular

Seorang pengusaha barangan kulit di Florida, menghasilkancara tersendiri untuk menangani kedua-dua pandemik COVID-19 dan masalah pencerobohan ular sawa serta iguana di negeri itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Fesyen pelitup COVID-19 daripada kulit ular

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 May 2020 04:51PM Dikemas Kini : 23 May 2020 05:16PM

DELRAY BEACH, AMERIKA SYARIKAT: Seorang pengusaha barangan kulit di Florida, menghasilkancara tersendiri untuk menangani kedua-dua pandemik COVID-19 dan masalah pencerobohan ular sawa serta iguana di negeri itu.

Pemilik All American Gator Products, Brian Woods, 63 tahun, melakukan demikian dengan mereka dan menghasilkan pelitup yang diperbuat daripada kulit reptilia berkenaan.

"Saya mengambil suatu yang amat serius dan menjadikannya produk fesyen," katanya di bengkel beliau di Dania Beach yang terletak kira-kira 40 kilometer dari utara Miami.

Woods mendapat inspirasi itu ketika melihat 'meme' seekor kuda memakai pelitup yang diperbuat daripada coli wanita. Beliau meminjam baju dalam isterinya untuk menguji jika konsep itu boleh digunakan.

Woods kini menjual pelitup yang dihasilkan daripada kulit ular, melalui laman Facebook beliau pada harga AS$90 (S$128).

Woods mendapat bekalan kulitnya antara lain daripada pemburu ular, Amy Siewe, yang membawa seekor ular sawa gergasi.

"Haiwan ini menimbulkan kerosakan besar di kawasan paya Everglades. Ia membesar sehingga 5.5 hingga enam meter panjang dan membaham segala-galanya daripada tikus hinggalah rusa," katanya.

Ular sawa berkemungkinan dibawa ke Florida sebagai binatang peliharaan eksotik pada akhir abad lalu dan dilepaskan ke Everglades yang tidak mempunyai haiwan pemangsa.

Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida membayar pemburu untuk menangkap ular berkenaan.

Iguana juga berkemungkinan dibawa ke Florida sebagai binatang peliharaan sebelum dilepaskan ke kawasa nliar dan terus membiak.

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan