Images
  • Mohammad Shtayyeh
    Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh. (Gambar: Abbas Momani/AFP)

Fatah sedia berdamai dengan Hamas

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh berkata pada Selasa (14 Mei) bahawa pemerintahnya bersedia untuk berdamai dengan Hamas, lapor agensi berita Anadolu.

Sejak tahun 2007, pergerakan Fatah memerintah wilayah Tebing Barat, manakala kumpulan Hamas pula menguasai Carikan Gaza.

"Pemerintah Palestin dan Pergerakan Fatah bersedia untuk berdamai dengan Hamas," kata Shtayyeh semasa pertemuan dengan Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Palestin Hanna Nasser.

"Perpecahan ini menjadi sejarah hitam Palestin. Andai perspektif damai dengan Hamas berbeza, biarkan rakyat membuat keputusan melalui pilihan raya," kata beliau.

Fatah dan Hamas terbabit dalam konflik 'perang saudara' pada tahun 2006, menyebabkan Penguasa Palestin berpecah kepada dua.

Dianggarkan lebih 600 penduduk Palestin terkorban dalam konflik bersenjata antara kedua-dua pihak antara tahun 2006 hingga 2007.

Kedua-dua pihak pernah juga memeterai perjanjian untuk berbaik-baik misalnya pada tahun 2011 dan 2014, namun ia tidak membawa kepada perdamaian sejati.

Kini Encik Shtayyeh berkata pemerintahnya percaya bahawa pilihan raya adalah satu-satunya cara untuk menamatkan kemelut di Palestin itu.

"Cabaran utama bagaimanapun ialah untuk mengadakan pilihan raya di Baitulmakdis Timur," kata beliau.

- BERNAMA/FZ/fz

Top