Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Fatah, Hamas bersetuju adakan pilihan raya tahun depan

Sebanyak dua kumpulan Palestin yang bersaing iaitu Fatah dan Hamas mencapai persetujuan untuk mengadakan pilihan raya umum baru menjelang hujung tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2017 09:04PM Dikemas Kini : 23 Nov 2017 10:40PM

KAHERAH: Sebanyak dua kumpulan Palestin yang bersaing iaitu Fatah dan Hamas mencapai persetujuan untuk mengadakan pilihan raya umum baru menjelang hujung tahun depan.

Perjanjian yang dicapai di Kaherah itu juga memberikan Presiden Palestin Mahmoud Abbas hak untuk menentukan tarikh pilihan raya tersebut.

Ia hasil rundingan dua hari yang bertujuan melaksanakan langkah-langkah ke arah penyatuan kedua-dua pihak.

Fatah yang mentadbirkan Tebing Barat, hilang kuasa di Gaza selepas 2007.

Namun, bulan lalu, dalam satu persetujuan dengan Mesir menjadi orang tengah, Hamas bersetuju menyerahkan kuasa kepada Presiden Abbas yang mengetuai Penguasa Palestin.

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan