Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

FAMA Kelantan belanja RM375,000 beli durian kampung elak lambakan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan membelanjakan RM375,000 (S$119,827) untuk membeli 100 hingga 150 tan metrik buah durian kampung sekali gus menyelamatkan harga dan lambakan ‘raja’ buah tersebut di pasaran tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
FAMA Kelantan belanja RM375,000 beli durian kampung elak lambakan

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 04 Aug 2021 05:45PM Dikemas Kini : 04 Aug 2021 05:50PM

MACHANG: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan membelanjakan RM375,000 (S$119,827) untuk membeli 100 hingga 150 tan metrik buah durian kampung sekali gus menyelamatkan harga dan lambakan ‘raja’ buah tersebut di pasaran tahun ini.

Pengarah FAMA Kelantan Wan Nora Wan Ahmad berkata pihaknya membeli durian kampung itu pada harga RM2.50 (S$0.80) sekilogram berbanding RM2 (S$0.64) sekilogram yang ditawarkan di peringkat ladang.

"Kelantan merupakan pengeluar durian kampung terbesar di negara ini, Malangnya, harga pada musim ini jatuh merudum ekoran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menyukarkan untuk dipasarkan ke negeri lain terutama di Pantai Barat.

“Pembelian itu telah membantu 600 pemilik kebun durian di empat jajahan iaitu Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Pasir Puteh,” katanya kepada wartawan selepas meninjau Pusat Pemprosesan Durian di Pejabat FAMA Machang hari ini (4 Ogos).

Ketika mengulas lanjut, Cik Wan Nora berkata pihaknya sudahpun melantik ejen dalam kalangan pemilik kebun di empat jajahan itu bagi memudahkan mereka memasarkan terus ke FAMA tanpa melalui orang tengah yang mungkin cuba mengambil kesempatan.

Beliau menambah durian yang dibeli itu dibawa ke pusat pemprosesan buah-buahan sejuk beku di Pejabat FAMA Machang yang sudahpun mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) bagi menghasilkan tiga produk iaitu pes durian, tempoyak dan durian pulp (durian segar dibuang biji).

"Produk berkenaan mendapat permintaan tinggi terutama daripada pengusaha makanan bagi dijadikan perisa dalam makanan seperti ais krim, kek dan sebagainya.

"Produk yang dihasilkan turut mendapat permintaan dalam dan luar negara seperti dari China dan Singapura," ujarnya lanjut.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan