Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Facebook terlibat skandal terbesar dalam sejarah

Syarikat gergasi media sosial, Facebook, kerugian $37 bilion selepas laporan tentang kebocoran data secara besar-besaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2018 10:03PM Dikemas Kini : 20 Mar 2018 11:25PM

AMERIKA SYARIKAT: Syarikat gergasi media sosial, Facebook, kerugian $37 bilion selepas laporan tentang kebocoran data secara besar-besaran.

Dakwaan didedahkan pada hujung minggu bahawa Cambridge Analytica, syarikat perundingan politik memperoleh dan menggunakan maklumat daripada 50 juta akaun Facebook bagi membantunya mereka sofwe untuk meramalkan dan mempengaruhi pilihan pengundi.

Syarikat itu bekerja bagi kempen Presiden Amerika, Donald Trump. Facebook menggantung akaun syarikat itu, namun menghadapi siasatan lanjut.

Seorang pakar mengatakan skandal terbaru ini mungkin menjadi titik perubahan penting bagi industri media sosial. Bahkan, saham Facebook kerugian lebih enam peratus dalam dagangan sehari, ditutup hanya pada lebih AS$170 (S$224).

Saham-saham bagi syarikat seperti Apple dan Netflix juga terjejas di tengah-tengah kebimbangan mengenai tindakan kawal selia ke atas sektor teknologi.  

Sumber : Agensi berita/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan