Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Facebook terbit laman berita baru termasuk sumbangan dari NYT, Washington Post

Syarikat Facebook akan membayar beberapa syarikat akhbar untuk menerbitkan artikel masing-masing di laman media sosial itu. Ia baru melancarkan satu halaman dinamakan 'Facebook News' yang sedang dalam fasa ujian di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook terbit laman berita baru termasuk sumbangan dari NYT, Washington Post

(Gambar: REUTERS/Philippe Wojazer/File Photo)

Diterbitkan : 26 Oct 2019 04:24PM Dikemas Kini : 26 Oct 2019 04:42PM

WASHINGTON: Syarikat Facebook akan membayar beberapa syarikat akhbar untuk menerbitkan artikel masing-masing di laman media sosial itu.

Ia baru melancarkan satu halaman dinamakan 'Facebook News' yang sedang dalam fasa ujian di Amerika Syarikat.

Halaman tersebut akan menampilkan artikel-artikel dari sekitar 200 penerbit termasuk New York Times, Washington Post, Wall Street Journal dan Bloomberg.

Bloomberg menyatakan ada penerbit akan dibayar antara AS$1 juta hingga AS$3 juta (S$1.36-S$4.01 juta) setahun.

Bagaimanapun Facebook tidak akan mengubah laman utamanya, 'News Feed' yang mengandungi semua pos. Bahagian beritanya akan dikendalikan sekumpulan wartawan untuk memberi kepelbagaian berita.

Langkah terbaru Facebook itu merupakan respons kepada kritikan terhadapnya berhubung maklumat salah.

Ia juga merupakan satu cara Facebook untuk memuaskan hati para penerbit yang selama ini menuduh syarikat media sosial itu mengaup keuntungan secara percuma daripada sektor kewartawanan.

Namun para penganalisis berkata langkah Facebook itu hanya menguntungkan syarikat-syarikat besar dan meningkatkan tekanan kepada syarikat lebih kecil.  

Sumber : AFP/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan