Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Facebook perketat siaran langsung bagi cegah keganasan

Facebook mengumumkan hari ini (15 Mei) ia mengetatkan akses siaran langsung untuk mengelakkan perkongsian rambang video grafik seperti yang berlaku ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai di Christchurch.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook perketat siaran langsung bagi cegah keganasan

(Gambar: Stephen Lam/REUTERS)

Diterbitkan : 15 May 2019 03:26PM Dikemas Kini : 15 May 2019 03:30PM

SAN FRANCISCO: Facebook mengumumkan hari ini (15 Mei) ia mengetatkan akses siaran langsung untuk mengelakkan perkongsian rambang video grafik seperti yang berlaku ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai di Christchurch.

Mereka yang melanggar peraturan tertentu, termasuk terhadap ‘pertubuhan dan individu bahaya’, akan dilarang menggunakan Facebook Live, menurut naib presiden integriti media sosial itu, Guy Rosen.

“Susulan kejadian serangan pengganas mengerikan di New Zealand, kami menilai semula apa yang boleh dilakukan untuk mengehadkan perkhidmatan kami daripada digunakan untuk menyebabkan kerosakan dan menyebarkan kebencian,” kata Encik Rosen dalam satu kenyataan.

Seorang pelampau kulit putih menembak mati 51 orang di dua masjid Christchurch pada Mac dan menyiarkannya secara langsung di Facebook.

Dasar ‘satu tindakan’ di Facebook Live kini akan dikenakan kepada kesalahan lebih meluas, dengan sesiapa yang melanggar dasar serius digantung daripada menggunakan ciri itu selepas satu kesalahan.

Kesalahan seumpama itu termasuk berkongsi pautan dengan kenyataan kumpulan pengganas tanpa konteks, menurut Encik Rosen.

“Kami bercadang meluaskan had tersebut ke bidang lain dalam beberapa minggu ini, bermula dengan melarang orang sama mencipta iklan di Facebook,” tambahnya.

Beliau menambah, inovasi teknikal diperlukan untuk "meneruskan manipulasi konflik media" yang dilihat selepas tragedi masjid Christchurch, seperti pengguna mengubah suai video dalam usaha melepasi tapisan sebelumnya.

“Antara yang cabaran yang kami hadapi beberapa hari selepas serangan tersebut adalah percambahan pelbagai versi video itu," kata Encik Rosen.

“Orang ramai, secara tidak sengaja, berkongsi video yang disunting, yang menyukarkan sistem kami mengesannya,”

Bagi tujuan itu, Facebook mengumumkan peruntukan AS$7.5 juta (S$10.3 juta) untuk bekerjasama dengan tiga universiti di Amerika dalam kajian bagi membaiki teknologi imej dan analisis video. 

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan