Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Facebook palsu Jamal Yunos didakwa timbul provokasi

Polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat laman sosial Facebook menggunakan nama 'Datok Jamal Yunos' yang didakwa palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook palsu Jamal Yunos didakwa timbul provokasi

Petikan skrin catatan Facebook akaun palsu Jamal Yunos. (Gambar: Astro AWANI)

Diterbitkan : 28 May 2018 09:29AM Dikemas Kini : 28 May 2018 09:35AM

SABAK BERNAM: Polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menyiasat laman sosial Facebook menggunakan nama 'Datok Jamal Yunos' yang didakwa palsu.

Pegawai Khasnya, Mohd Azli Jaffar berkata, beliau meneliti laman Facebook palsu itu yang memuat naik dua status sejak semalam (27 Mei).

Menurutnya, akaun Facebook itu didakwa dibuka pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan provokasi, lapor Sinar Harian.

"Saya sahkan, akaun Facebook terbabit palsu dan bukan milik pemimpin terbabit," katanya.

Encik Mohd Azli mendedahkan bahawa akaun Facebook rasmi Datuk Seri Jamal Yunos dilihat tidak aktif sejak 10 hari lalu.

Selain itu, katanya, pihaknya turut kesal apabila satu petikan skrin bertajuk 'Kisah sedih Jamal Yunos' yang dikongsi menerusi WhatsaApp menjadi viral.

"Kami harap pelayar Facebook dan penduduk tidak tersalah anggap atau tertipu dengan status palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan niat mengaibkan beliau (Jamal)," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya bersama rakan lain dijangka membuat aduan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dalam waktu terdekat, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan beliau menghilangkan diri, sebaliknya mendakwa berlaku salah faham kerana beranggapan proses ikat jamin sudahpun selesai dan sempurna.

Datuk Seri Jamal menerusi rakaman suara yang dihantar beliau di WhatsApp kumpulan media berkata, beliau bergegas keluar dari hospital kerana mengejar masa untuk mengeluarkan wang Tabung Haji bagi membiayai kos reman dan sebagainya.

Beliau dilaporkan, menghilangkan diri dari wad Hospital Pakar Ampang Puteri, petang Jumaat lalu, namun peguam dan penjaminnya masih berada di hospital berkenaan.

Datuk Seri Jamal sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan