Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Facebook padam laman utama tentera Myanmar

Facebook pada Ahad (21 Feb) memadamkan laman utama tentera Myanmar di bawah piawainya yang melarang penghasutan keganasan, menurut syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook padam laman utama tentera Myanmar

Logo Facebook (Gambar fail: REUTERS/Stephen Lam)

Diterbitkan : 22 Feb 2021 09:22AM Dikemas Kini : 22 Feb 2021 09:26AM

NAYPYIDAW: Facebook pada Ahad (21 Feb) memadamkan laman utama tentera Myanmar di bawah piawainya yang melarang penghasutan keganasan, menurut syarikat itu, sehari selepas dua penunjuk perasaan terbunuh apabila polis melepaskan tembakan ke arah bantahan-bantahan terhadap rampasan kuasa pada 1 Februari.

"Sejajar dengan piawai global kami, kami memadamkan laman Tatmadaw True News Information Team dari Facebook kerana berulang kali melanggar Piawai Masyarakat kami yang melarang penghasutan keganasan dan menyelaraskan perbuatan bahaya," kata seorang wakil Facebook dalam satu kenyataan.

Tentera Myanmar dikenali sebagai Tatmadaw. Laman True News miliknya tidak lagi dapat diakses pada Ahad.

Jurucakap tentera tidak menjawab panggilan telefon oleh Reuters untuk cuba mendapatkan komen.

Dua orang terbunuh di bandar kedua Myanmar di Mandalay pada Sabtu (20 Feb) apabila polis dan tentera melepaskan tembakan ke arah para penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan terhadap penyingkiran pemerintah dipilih Cik Aung San Suu Kyi, kata para pekerja kecemasan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan