Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Facebook kesal animasi belon pada muatnaik gempa Lombok

Facebook meminta maaf pada Rabu (8 Ogos) apabila pesanan-pesanan para pengguna berhubung gempa bumi di Lombok yang dimuatnaik ke wadah sosial itu dihiasi animasi belon dan konfeti.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook kesal animasi belon pada muatnaik gempa Lombok

Petikan gambar menunjukkan animasi belon di Facebook berhubung gempa lombok (Gambar: Twitter/Herman Saksono)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 12:00PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 12:04PM

LONDON: Facebook meminta maaf pada Rabu (8 Ogos) apabila pesanan-pesanan para pengguna berhubung gempa bumi di Lombok yang dimuatnaik ke wadah sosial itu dihiasi animasi belon dan konfeti.

Ini menyusuli gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter yang melanda pulau Lombok pada Ahad yang meragut ratusan nyawa dan mengakibatkan ribuan orang kehilangan rumah.

Media tempatan melaporkan angka kematian sudah mencecah 347.

Ramai pengguna bahasa Indonesia membuat catatan di Facebook untuk memberitahu bahawa mereka selamat. Namun perkataan 'selamat' disalah tafsir sebagai suatu ucap selamat, lantas mencetus animasi perayaan di catatan tersebut.

"Ciri ini (animasi automatik bagi catatan ucap selamat) digunakan secara meluas di Facebook sedunia," menurut rangkaian sosial terbesar dunia itu.

"Namun kami amat kesal animasi ini muncul dalam konteks yang malang ini dan kami sudah mematikan ciri ini di kawasan terjejas."

Berikutan gempa tersebut, ramai orang di pulau itu menggunakan ciri keadaan selamat atau 'Safety Check' yang dilancarkan Facebook pada 2014. Ia membolehkan pengguna memaklumkan kenalan dan saudara-mara mereka bahawa mereka selamat selepas kejadian bencana.

Namun pengurus media sosial Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, Siane Monreal berkata, syarikat-syarikat media sosial perlu mengambil langkah lebih peka apabila mereka ciri-ciri untuk digunakan semasa bencana seperti gempa di Lombok.

"Ini bukan satu sambutan dan ia tidak wajar," katanya kepada Reuters. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan