Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Facebook, Instagram haram imej cederakan diri sendiri

Facebook Inc mengharamkan imej yang menggalak kecederaan pada diri sendiri di platformnya, sedang syarikat itu mengetatkan dasar-dasarnya mengenai kandungan yang menjurus kepada bunuh diri.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Sep 2019 06:16PM Dikemas Kini : 11 Sep 2019 09:44PM

AMERIKA SYARIKAT: Facebook Inc mengharamkan imej yang menggalak kecederaan pada diri sendiri di platformnya, sedang syarikat itu mengetatkan dasar-dasarnya mengenai kandungan yang menjurus kepada bunuh diri.

Syarikat teknologi itu pada Selasa (10 Sep) turut mengumumkan, para pengguna juga akan mendapati lebih sukar untuk mencari kandungan yang berkaitan dengan kecederaan kepada diri sendiri di aplikasi media sosial Instagram, milik Facebook.

Instagram juga tidak akan menyarankan apa-apa kandungan yang berkaitan dengannya apabila pengguna cuba mencarinya.

Menurut Facebook, perubahan-perubahan itu dilaksanakan bagi mengelak daripada menggalak pengguna mencederakan diri sendiri secara tidak sengaja.

Pengumuman Facebook dibuat sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia.

Menurut satu laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar 8 juta orang meninggal dunia akibat bunuh diri setiap tahun, atau seorang setiap 40 saat. 

Sumber : Reuters/NF/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan