Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Facebook, Instagram akan bolehkan pengguna sembunyikan tanda 'like'

Rasa tertekan melihat jumlah tanda 'Like' yang sedikit apabila muat naik sesuatu di Facebook atau Instagram? Pengguna diberi pilihan untuk sembunyikannya kelak.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook, Instagram akan bolehkan pengguna sembunyikan tanda 'like'

Tanda masuk ke ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California, dipetik pada 10 Okt 2018 (Gambar fail: REUTERS/Elijah Nouvelage)

Diterbitkan : 26 May 2021 10:36PM Dikemas Kini : 26 May 2021 10:41PM

REUTERS: Aplikasi perkongsian foto Instagram yang dimiliki Facebook, melancarkan pilihan bagi pengguna di seluruh dunia untuk menyembunyikan kiraan tanda suka atau 'like' pada catatan mereka.

Perubahan itu juga akan segera dilancarkan di Facebook, setelah ujian bertahun-tahun menumpukan kepada mengurangkan tekanan dalam menggunakan perkhidmatan mereka.

Pengguna Instagram akan dapat menyembunyikan kiraan tanda suka pada semua catatan mereka. Kedua-dua pilihan akan juga disediakan di Facebook dalam "beberapa minggu akan datang," menurut Instagram dalam satu catatan blog pada Rabu (26 Mei).

Dalam satu panggilan bersama wartawan, ketua Instagram Adam Mosseri berkata tujuannya adalah untuk memberi pengguna kawalan ke atas pengalaman mereka di aplikasi tersebut. Beliau berkata ujian platform untuk menyembunyikan jumlah 'like' tidak menunjukkan perubahan tertentu dalam kesejahteraan psikologi pengguna, tetapi disambut dengan pandangan pengguna yang berbelah bagi.

"Like," yang berbentuk hati di Instagram dan ditandakan dengan cap jempol di Facebook, boleh digunakan untuk mengukur populariti catatan baik secara peribadi untuk pengguna dan secara profesional oleh pereka media sosial dan perniagaan.

Instagram baru-baru ini melibatkan sebilangan kecil pengguna global dalam satu ujian, di mana mereka diberi pilihan untuk memilih antara menunjukkan jumlah tanda suka atau menyembunyikannya. Dalam blognya, syarikat itu menyatakan bahawa sebilangan pengguna mendapatinya bermanfaat, sementara yang lain tidak puas hati dengan kehilangan ukuran itu.

Encik Mosseri berkata beliau tidak menjangkakan perubahan yang ketara dalam pelibatan pengguna akibat langkah tersebut. Beliau menambah bahawa pereka media sosial, yang menghasilkan kandungan di wadah itu untuk pengikut mereka yang ramai, berbelah bagi dalam reaksi mereka tetapi terdapat kebimbangan dalam kalangan pencipta yang kurang mapan.

Instagram baru-baru ini menerima kritikan atas rancangannya untuk menawarkan versi aplikasi itu bagi kanak-kanak di bawah 13 tahun, dengan Peguam Negara dari 44 wilayah Amerika Syarikat menggesa Facebook supaya membatalkan rancangan itu.

Perubahan itu akan ditetapkan secara "default" dan pengguna harus menghidupkannya untuk melihat 'like' yang diperolehi oleh sebuah catatan.

Encik Mosseri berkata Instagram akan meneroka sama ada untuk melakukan serupa bagi untuk pengguna di bawah usia 18 tahun dengan menyembunyikan jumlah tanda suka.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan