Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Facebook buat seketika tidak dapat diakses di merata dunia

Para pengguna Facebook di merata dunia pada Isnin (3 Sep) melaporkan bahawa rangkaian media sosial itu tidak dapat diakses buat sementara waktu, dengan ramai pengguna menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di laman Twitter.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook buat seketika tidak dapat diakses di merata dunia

Gambar hiasan. (Gambar fail: Dado Ruvic/Reuters)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 07:56AM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 08:00AM

WASHINGTON: Para pengguna Facebook di merata dunia pada Isnin (3 Sep) melaporkan bahawa rangkaian media sosial itu tidak dapat diakses buat sementara waktu, dengan ramai pengguna menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di laman Twitter.

Menurut laman web downdetector.com, masalah tersebut mula dilaporkan pada 5.00 pagi tadi (4 Sep) waktu Singapura, dan ia kelihatan menjejas para pengguna, khususnya di Amerika Utara dan Eropah.

Masalah itu berlarutan sepanjang tempoh kira-kira sejam, sebelum khidmat itu kembali pulih.

Sepanjang tempoh itu, sebahagian pengguna yang mencuba untuk log masuk ke laman itu berdepan dengan pesanan yang menyatakan, khidmat rangkaian itu tidak boleh diakses, manakala terdapat pengguna-pengguna lain yang mendapati pesanan yang lebih panjang, menyatakan khidmat itu akan kembali pulih tidak lama lagi.

Pesanan itu menyatakan: "Facebook sedang menjalani kerja-kerja penyenggaraan buat masa ini, tetapi anda akan dapat mengakses kembali dalam masa beberapa minit.

"Terima kasih atas kesabaran anda sedang kami meningkatkan laman ini." 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan