Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Facebook ambil tindakan hapus akaun pegawai tentera tertinggi Myanmar

Facebook pada Isnin (27 Ogos) menyatakan pihaknya akan memadamkan akaun milik beberapa pegawai tentera Myanmar dan individu berpengaruh dari rangkaian media sosial itu dan Instagram, bagi mengekang penyebaran kandungan berunsur 'kebencian dan maklumat palsu'.

Anggaran Waktu Membaca:
Facebook ambil tindakan hapus akaun pegawai tentera tertinggi Myanmar

Jeneral Kanan Min Aung Hlaing. (Gambar: Reuters/Lynn Bo Bo)

Diterbitkan : 28 Aug 2018 11:20AM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 11:25AM

YANGON: Facebook pada Isnin (27 Ogos) menyatakan pihaknya akan memadamkan akaun milik beberapa pegawai tentera Myanmar dan individu berpengaruh dari rangkaian media sosial itu dan Instagram, bagi mengekang penyebaran kandungan berunsur 'kebencian dan maklumat palsu'.

Keputusan tersebut diambil selepas pihak Facebook meneliti kandungan yang pernah dimuat naik.

"Secara khususnya, kami melarang seramai 20 individu dan organisasi dari Myanmar - termasuk Jeneral Tentera Min Aung Hlaing, dan akaun rangkaian televisyen Myawady yang dimiliki pihak tentera.

"Kami memadam sebanyak 18 akaun Facebook, satu akaun Instagram dan 52 laman Facebook, yang mempunyai hampir 12 juta orang," ujar pihak Facebook.

Menurut laman rangkaian media sosial terbesar itu, pihaknya sudah memadamkan 46 laman Facebook dan 12 akaun kerana terlibat dalam kelakuan 'tidak sesuai' di Facebook.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan