Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

FAA larang model tertentu MacBook Pro dibawa naik pesawat

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) melarang beberapa model komputer riba MacBook Pro keluaran Apple daripada dibawa naik dalam penerbangan selepas syarikat itu menarik balik beberapa unit tertentu kerana memiliki bateri yang berisiko menyebabkan kebakaran.

Anggaran Waktu Membaca:
FAA larang model tertentu MacBook Pro dibawa naik pesawat

(Gambar hiasan: Aly Song/Reuters)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 10:35AM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 10:37AM

WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) melarang beberapa model komputer riba MacBook Pro keluaran Apple daripada dibawa naik dalam penerbangan selepas syarikat itu menarik balik beberapa unit tertentu kerana memiliki bateri yang berisiko menyebabkan kebakaran.

“FAA maklum bahawa bateri-bateri digunakan dalam beberapa komputer riba MacBook Pro Apple telah ditarik balik," kata jurucakap agensi berkenaan dalam satu kenyataan yang dikirimkan menerusi emel pada Isnin lalu sambil menambah bahawa agensi itu telah "memaklumkan syarikat-syarikat penerbangan tentang langkah tersebut."

Apple Inc pada Jun lalu menyatakan bahawa pihaknya akan menarik balik jumlah terhad komputer riba 15 inci MacBook Pro kerana bateri-bateri yang mudah panas.

Kesemua unit berkenaan dijual antara September 2015 dengan Februari 2017.

Apple tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mengulas.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan