Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

FAA lancar semakan baru terhadap keselamatan pesawat 737 MAX

Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menyatakan pada Rabu (4 Mac) bahawa pihaknya akan melancarkan satu semakan baru terhadap keselamatan pesawat Boeing 737 MAX yang kini digantung. Semakan tersebut akan diterajui oleh seorang pegawai kanan keselamatan Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
FAA lancar semakan baru terhadap keselamatan pesawat 737 MAX

Pesawat 737 MAX di kilang Boeing. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 04 Apr 2019 12:04PM Dikemas Kini : 04 Apr 2019 12:10PM

WASHINGTON: Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menyatakan pada Rabu (4 Mac) bahawa pihaknya akan melancarkan satu semakan baru terhadap keselamatan pesawat Boeing 737 MAX yang kini digantung. Semakan tersebut akan diterajui oleh seorang pegawai kanan keselamatan Amerika Syarikat.

Menurut FAA, ia akan menubuhkan Semakan Teknikal Pihak Berkuasa Bersama "untuk memastikan keselamatan Boeing 737 MAX", yang akan dipengerusikan oleh mantan pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Christopher Hart" dan terdiri daripada pasukan pakar dari FAA, NASA dan penguasa penerbangan antarabangsa."

Khidmat lebih 300 pesawat MAX Boeing 737 digantung merata dunia ekoran dua nahas - di Indonesia pada Oktober dan Habsyah bulan lalu - yang mengorbankan hampir 350 jiwa.

Menurut FAA lagi, pasukan itu akan "menjalankan semakan menyeluruh ke atas pentauliahan sistem penerbangan automatik pesawat Boeing 737 Max" dan "menilai aspek-aspek sistem kawalan penerbangan automatik, termasuk reka bentuknya dan interaksi juruterbang dengan sistem, demi memastikan pematuhan piawai dan mengenal pasti kerja pembaikan yang mungkin diperlukan pada masa akan datang."

Semakan tersebut tidak berhubung kait dengan keputusan agensi itu mengenai bilakah 737 MAX akan dibenarkan untuk menyambung semula khidmatnya. Boeing juga enggan mengulas lanjut.

Semakan ini diumumkan dua hari selepas FAA dan Boeing membayangkan khidmat pesawat-pesawat tersebut mungkin digantung lebih lama daripada yang dijangkakan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan