Images
  • united flight
    (Gambar: Reuters)

FAA arah pemeriksaan dipertingkat bagi pesawat Boeing 777 selepas insiden kerosakan enjin

WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat menyatakan pada Ahad (21 Feb) bahawa ia mengeluarkan arahan kelayakan terbang kecemasan menyusuli kerosakan enjin yang berlaku pada sebuah pesawat United Boeing 777 di Denver, yang memerlukan pemeriksaan segera atau yang dipertingkatkan pada pesawat serupa.

Pentadbir FAA Steve Dickson berkata dalam satu kenyataan pada lewat Ahad bahawa sijil itu meliputi pesawat Boeing 777 yang dilengkapi enjin-enjin Pratt & Whitney PW4000 tertentu dan ia "kemungkinan bermakna bahawa sebahagian pesawat akan dikeluarkan daripada perkhidmatan."

Encik Dickson berkata penilaian awal terhadap kerosakan enjin pada Sabtu (20 Feb) menunjukkan bahawa "kekerapan pemeriksaan perlu dipertingkat bagi belah kipas berongga yang unik kepada model enjin tersebut, digunakan hanya bagi pesawat Boeing 777."

United merupakan satu-satunya pengendali penerbangan Amerika Syarikat yang mempunyai jenis enjin PW4000 dalam kumpulan pesawatnya.

- Reuters/HA/ha

Top