Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU, Kanada pertingkatkan pemeriksaan susuli nahas Boeing 737 MAX

Eropah dan Kanada masing-masing akan mendapatkan jaminan mengenai tahap keselamatan pesawat Boeing 737 MAX.

Anggaran Waktu Membaca:
EU, Kanada pertingkatkan pemeriksaan susuli nahas Boeing 737 MAX

EU dan Kanada mempertingkatkan pemeriksaan menyusuli dua nahas pesawat Boeing 737 MAX. (Gambar fail: Baz Ratner/Reuters)

Diterbitkan : 20 Mar 2019 08:51AM Dikemas Kini : 20 Mar 2019 08:55AM

PARIS: Eropah dan Kanada masing-masing akan mendapatkan jaminan mengenai tahap keselamatan pesawat Boeing 737 MAX.

Ini dijangka akan merumitkan lagi rancangan untuk menyambung semula operasi pesawat berkenaan di seluruh dunia, selepas pesawat-pesawat tersebut digantung buat sementara menyusuli dua nahas yang mengorbankan lebih 300 orang.

Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) sedang menganalisis rancangan Boeing untuk membaiki sofwe selepas berlakunya nahas pertama lima bulan lalu.

Sedang ia melakukan demikian, Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) berikrar akan meneliti sebarang peningkatan pada reka bentuk yang dapat dilaksanakan.

Menurut Kanada pula, ia akan mengesahkan secara berasingan penggunaan pesawat Boeing 737 MAX pada masa hadapan, dan bukan setakat menerima pengesahan FAA.

Kanada juga menyatakan bahawa ia akan mengerahkan sebuah pasukan bagi membantu pihak berkuasa Amerika Syarikat meneliti dan menilai perubahan-perubahan pada reka bentuk yang disarankan.

Syarikat Boeing bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

FAA juga enggan mengulas mengenai langkah yang diambil oleh Kanada ataupun negara-negara lain.

Namun dalam satu kenyataan, FAA menyatakan bahawa "rekod keselamatan penerbangan sedia ada dan sebelum ini di Amerika Syarikat dan seluruh dunia dapat dicapai menerusi proses-proses FAA yang kukuh dan kerjasama penuh masyarakat penerbangan."  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan