Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU gesa kuasa besar elak 'konflik dan huru-hara' perdagangan

Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin (16 Jul) menggesa Amerika Syarikat, China dan Rusia supaya bekerjasama menjernihkan ketegangan perdagangan global dan memberi amaran bahawa ia boleh menjadi "konflik dan mencetuskan huru-hara."

Anggaran Waktu Membaca:
EU gesa kuasa besar elak 'konflik dan huru-hara' perdagangan

Presiden Majlis Eropah Donald Tusk (kanan) dan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Jul 2018 07:57PM Dikemas Kini : 16 Jul 2018 09:18PM

BEIJING: Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin (16 Jul) menggesa Amerika Syarikat, China dan Rusia supaya bekerjasama bagi menjernihkan ketegangan perdagangan global, sambil memberi amaran bahawa ia boleh menjadi "konflik dan mencetuskan huru-hara".

Komen Presiden Majlis EU Donald Tusk itu dikeluarkan sedang Washington dan Beijing di ambang perang dagang besar-besaran yang banyak pihak khuatiri akan menjejas ekonomi global, dengan Amerika Syarikat bermusuhan dengan sekutunya di Eropah dan Kanada.

"Ia tanggungjawab bersama Eropah dan China, dan juga Amerika dan Rusia supaya jangan memusnahkan (sistem perdagangan global) tetapi memperbaikinya, bukan mencetuskan perang dagang yang boleh bertukar menjadi konflik sengit dalam sejarah," kata Tusk di Beijing.

"Masih ada masa untuk mengelakkan konflik dan huru-hara."

EU, pasaran tunggal terbesar di dunia, yang terdiri daripada 28 negara dan 500 juta penduduk, sedang mengukuhkan kerjasama bagi membanteras dasar perlindungan yang diamalkan pentadbiran "Mengutamakan Amerika" oleh Presiden Donald Trump.

Pertemuan antara para pegawai Eropah dan China di Beijing, yang turut dihadiri Ketua Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker, diadakan sedang Presiden Trump bersiap sedia untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin Rusia Vladimir Putin di Helsinki.

Trump mengeruhkan lagi keadaan dalam wawancaranya pada Ahad dengan menyifatkan EU, Rusia dan China sebagai "seteru" Amerika Syarikat.

Menurut Encik Tusk lagi, dunia memerlukan penyusunan semula perdagangan dan bukan konfrontasi.

"Atas sebab ini saya menyeru pihak tuan rumah China, dan juga Presiden Trump dan Putin supaya memulakan proses penyusunan semula WTO (Pertubuhan Perdagangan Sedunia) yang menyeluruh," kata Tusk.

Selain tarif ke atas keluli dan aluminium dari EU, Rusia dan rakan dagang lain Amerika Syarikat, Trump pada awal bulan ini turut mengenakan cukai ke atas barangan import China bernilai AS$34 bilion (S$46.4 bilion) yang mencetuskan tindak balas dari Beijing.

Tindak balas itu dikhuatiri akan mencetuskan perang dagang besar-besaran dan menghambat pertumbuhan global.

"Ketegangan perdagangan China-Amerika yang dicetuskan Amerika Syarikat akan menjejas ekonomi China dan Amerika Syarikat sendiri," menurut jurucakap biro statistik China, Mao Shengyong.

"Dengan ekonomi dunia saling terhubung, rangkaian perindustrian semakin bersifat global dan negara-negara yang terlibat akan turut terjejas."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan