Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Enam pegawai pilihan raya Indonesia mati akibat keletihan

Enam petugas pusat mengundi (KPPS) dilaporkan meninggal dunia disebabkan kepenatan setelah bekerja tanpa rehat selama tempoh panjang semasa hari pilihan raya pada 17 April.

Anggaran Waktu Membaca:
Enam pegawai pilihan raya Indonesia mati akibat keletihan

Sebuah pusat undi di Indonesia semasa Pilihan Raya 2019 (Gambar: Rosli A Razak/BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 08:36PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 08:43PM

JAKARTA: Enam petugas pusat mengundi (KPPS) dilaporkan meninggal dunia disebabkan kepenatan setelah bekerja tanpa rehat selama tempoh panjang semasa hari pilihan raya pada 17 April.

Jakarta Post melaporkan seorang daripada pegawai itu, Supriyanto, 54 tahun, ketua KPPS di daerah Cigalontang, Tasikmalaya, Jawa Barat, pengsan dan dikejarkan ke pusat kesihatan masyarakat (Puskesmas) berdekatan namun diisytiharkan meninggal dunia pada 2.00 petang, Rabu.

Ketua polis Cigalontang, Tudiman berkata Encik Supriyanto mungkin keletihan selepas bekerja 12 jam tanpa herti.

"Supriyanto mengadu sukar bernafas sebelum pengsan. Menurut keluarganya, beliau mempunyai sejarah sakit semput," kata Encik Tudiman seperti dinukil tribunnews.com.

Menurut Jakarta Post, seorang lagi pegawai KPPS meninggal dunia di Malang, Jawa Timur setelah tamat tugasnya di pusat pengundian.

Agus Susanto, 40 tahun, juga disyaki meninggal dunia kerana keletihan selepas bekerja pada hari mengundi, menurut Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Malang, Zaenudin.

Laman Kompas melaporkan Encik Zaenudin sebagai berkata pemergian Encik Agus sangat mengejutkan, kerana beliau tidak menunjukkan sebarang tanda mengalami sakit atau kepenatan sebelum meninggal dunia.

Sementara itu menurut Jakarta Post, pengguna media sosial turut bersedih dengan pemergian para pegawai dengan menggunakan tanda pagar #MartirDemokrasi sebagai menghormati kerja keras mereka semasa menggalas tanggungjawab penting itu.

"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana penatnya mereka. Kita perlu benar-benar menghargai kerja keras pasukan @KPU_ID pada pilihan raya ini," menurut catatan Twitter pengguna akaun @kakaoutloud pada Khamis.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan