Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Empat terbunuh dalam tembakan di bar Kansas City: Polis AS

Empat orang termasuk dua rakyat Mexico terbunuh dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah bar di Kansas pada Ahad (6 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Empat terbunuh dalam tembakan di bar Kansas City: Polis AS

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Oct 2019 11:43AM Dikemas Kini : 07 Oct 2019 11:45AM


WASHINGTON: Empat orang termasuk dua rakyat Mexico terbunuh dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah bar di Kansas pada Ahad (6 Okt).

Menurut catatan polis Kansas City di akaun Twitter, "sembilan orang ditembak" di tempat kejadian tembakan di bar Tequila KC.

"Empat mangsa ditemui mati di dalam bar dan lima ditemui di kawasan luar bar itu dengan kecederaan, kesemuanya akibat tembakan," kata polis sambil menambah mangsa-mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menteri Luar Mexico, Marcelo Ebrard menulis di Twitter bahawa, dua daripada mereka yang mati dalam serangan itu adalah rakyat Mexico.

Menurut siasatan awal polis, satu 'perbalahan lebih awal' di dalam bar mencetuskan tembakan dan dua suspek bersenjata melarikan diri daripada tempat kejadian.

Polis mendedahkan gambar-gambar suspek dan memohon bantuan mengenalpasti identiti dan lokasi mereka.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan