Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Empangan Myanmar pecah sebabkan banjir besar

Lebih 5,000 penduduk di Myanmar terpaksa dipindahkan selepas sebuah empangan pecah, menyebabkan banjir besar di dua buah kampung dekat ibu kota Naypyitaw.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Aug 2018 08:37PM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 10:07PM

MYANMAR: Lebih 5,000 penduduk di Myanmar terpaksa dipindahkan selepas sebuah empangan pecah, menyebabkan banjir besar di dua buah kampung dekat ibu kota Naypyitaw.

Turut rosak, sebuah jambatan lebuh raya utama yang menghubungkan bandar-bandar Myanmar.

Operasi mencari dan menyelamat kini giat dijalankan.

Bagaimanapun, sejauh ini belum ada korban jiwa yang dilaporkan.

Lebuh raya yang terjejas menghubungkan ibu kota Naypitaw dengan bandar Yangon dan Mandalay.

Menurut para saksi, ombak besar akibat kebocoran air dari empangan terjejas, mungkin merosakkan jalan-jalan raya berdekatan.

Kejadian tersebut berlaku sekitar sebulan selepas sebuah empangan di Laos runtuh, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 kematian.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan