Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Elon Musk muncul individu terkaya dunia

Pengasas SpaceX dan Tesla, Encik Elon Musk muncul individu terkaya dunia dengan memiliki kekayaan lebih AS$188 bilion (S$250 bilion), lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Elon Musk muncul individu terkaya dunia

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk. (Gambar: REUTERS/Toru Hanai)

Diterbitkan : 08 Jan 2021 04:41PM Dikemas Kini : 08 Jan 2021 04:45PM

SAN FRANCISCO: Pengasas SpaceX dan Tesla, Encik Elon Musk muncul individu terkaya dunia dengan memiliki kekayaan lebih AS$188 bilion (S$250 bilion), lapor agensi berita Xinhua.

Encik Musk mengatasi Encik Jeff Bezos, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon. Encik Bezos sebelum ini terkaya di dunia sejak 2017 tetapi tahun ini beliau di kedudukan kedua, menurut Bloomberg Billionaire Index.

Pengasas Tesla itu mencapai puncak kekayaan berikutan lonjakan harga saham Tesla hampir 830 peratus sejak Mac 2020. Sepanjang tahun lalu, kekayaan bersihnya meningkat lebih AS$150 bilion (S$200 bilion).

Encik Musk memegang kira-kira 20 peratus ekuiti Tesla. Beliau juga memiliki kepentingan sekitar AS$42 juta (S$56 juta), menurut laporan SEC.

Saham Tesla naik 7.94 peratus pada Khamis, mencecah AS$816 (S$1,081) pada penutup pasaran.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan