Images
  • thailand
    (Gambar: Reuters)

Ekonomi Thailand bertambah baik pada Jun ekoran kelonggaran sekatan pergerakan

BANGKOK: Ekonomi Thailand bertambah baik berbanding bulan sebelumnya berikutan kelonggaran secara berperingkat langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan di Thailand dan juga di luar negara, yang menyokong penyambungan semula kegiatan ekonomi. 

Bank of Thailand (BoT) menyatakan nilai eksport barangan termasuk emas, penggunaan swasta dan petunjuk pelaburan swasta dan pengeluaran pembuatan menguncup pada kadar yang rendah. 

“Perbelanjaan awam meningkat dalam perbelanjaan semasa dan juga modal. Bagaimanapun, sektor pelancongan terus menyusut dengan ketara disebabkan sekatan perjalanan antarabangsa,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan. 

BoT menambah, nilai eksport barangan turun 24.6 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu, naik sedikit berbanding bulan sebelumnya.  

Kecuali emas, ia berkata, kadar penguncupan berkurangan dengan ketara kepada 18.4 peratus daripada 29.0 peratus bulan lalu. 

“Ini berikutan peningkatan eksport dalam hampir semua kategori seiring dengan aktiviti ekonomi yang bertambah baik di negara-negara rakan dagangan selepas langkah-langkah sekatan dilonggarkan,” kata bank pusat.

- BERNAMA/HA/ha

Top