Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ejen pelancongan M'sia ditahan dipercaya hina agama di Facebook

Polis pada Selasa (15 Okt) menahan seorang ejen pelancongan kerana disyaki menghina agama Islam di laman sosial, Isnin lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ejen pelancongan M'sia ditahan dipercaya hina agama di Facebook

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 16 Oct 2019 05:38PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 05:42PM

KUALA LUMPUR: Polis pada Selasa (15 Okt) menahan seorang ejen pelancongan kerana disyaki menghina agama Islam di laman sosial, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Encik Huzir Mohammed berkata suspek tersebut ditahan setelah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

“Tangkapan dilakukan menyusuli lapan aduan polis yang dilakukan ke atas pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘KT Vasagam’,” katanya di sidang media di Bukit Aman, hari ini (16 Okt).

Katanya lelaki tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan polis akan mendapatkan perintah reman ke atas lelaki terbabit hari ini.

“Kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Kanun Keseksaan,” katanya.

Lelaki terbabit dikatakan memuat naik gambar khinzir dengan cop halal dalam tulisan jawi di laman Facebook, Isnin lalu.

Dalam kes berasingan, Encik Huzir berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan seorang juruteknik yang disyaki menghina Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara Encik Abdul Hamid Bador di akaun Twitter.

Encik Huzir berkata pemilik Twitter yang menggunakan nama Naavin Pillai itu sekarang dikesan berada di luar negara.

"Pihak polis berjaya mendapatkan maklumat dan latar belakang lelaki terbabit dan ahli keluarganya hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta beberapa jabatan lain.

"Dia berusia 38 tahun dan berasal dari Lembah Klang serta pernah bekerja sebagai juruteknik sebelum meninggalkan negara. Kami akan minta bantuan daripada Interpol sekiranya dia masih di luar negara dan akan mengambil tindakan di mana sahaja dia berada," katanya lagi.

Selain membuat ciapan yang berbentuk penghinaan terhadap Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara, individu itu juga dikatakan membalas ciapan Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago berhubung isu pengganas dengan mengeluarkan kenyataan jelek dalam bahasa Inggeris.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan