Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'EggBoy' umum hasrat kumpul dana bagi keluarga mangsa serangan Christchurch

Pada Isnin (25 Mac), 'EggBoy' Connolly mengumumkan menerusi Twitter bahawa beliau akan melancarkan kempen mengumpul dana secara online bagi menyokong keluarga para mangsa serangan yang meragut nyawa 50 umat Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
'EggBoy' umum hasrat kumpul dana bagi keluarga mangsa serangan Christchurch

Petikan gambar Senator Fraser Anning dilempar telur oleh remaja.

Diterbitkan : 26 Mar 2019 12:03AM Dikemas Kini : 26 Mar 2019 12:05AM

AUSTRALIA: Pasti ramai yang pernah menyaksikan video tular yang merakam detik apabila seorang senator dari Australia 'diserang' oleh seorang remaja yang memecahkan sebiji telur di atas kepala ahli politik itu kerana mengeluarkan komen keterlaluan menyusuli serangan ke atas dua buah masjid di Christchurch.

Namun ramai mungkin tidak sangka bahawa 'EggBoy' itu, atau nama sebenarnya William Connolly, sebenarnya "malu" kerana insiden itu digembar-gemburkan hingga menjadi satu fenomena.

Menurut Connolly dalam satu wawancara bersama The Project Australia, dia yang sangka dapat "berjalan terus keluar" selepas memecahkan telur di atas kepala Senator Fraser Anning itu tidak sangka perhatian terhadap insiden itu akan "meledak".

"Malah ia 'meledak' sepenuhnya hingga ke tahap yang memalukan kerana terlalu banyak perhatian netizen ditujukan kepada insiden telur itu berbanding isu mangsa yang terkorban," kongsi remaja itu yang berasal dari Hampton, Melbourne.

Meskipun demikian, beliau masih dapat melihat perhatian itu dari sudut positif.

“Saya sedar apa yang saya buat bukan perkara yang betul (untuk dicontohi). Namun, telur itu telah menyatukan manusia, dan sumbangan dana sudah dikumpulkan, puluhan ribu dolar telah dikumpul untuk mangsa-mangsa itu," ujarnya dalam wawancara bersama The Project Australia.

Malah, tindakan Connolly untuk cuba membantu menyusuli serangan pengganas di Christchurch tidak terhenti di situ.

Pada Isnin (25 Mac), Connolly mengumumkan menerusi Twitter bahawa beliau akan melancarkan kempen mengumpul dana secara online bagi menyokong keluarga para mangsa serangan yang meragut nyawa 50 umat Islam.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan