Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Edisi palsu The Washington Post diedarkan di beberapa lokasi AS

Edisi palsu The Washington Post yang mendakwa Presiden Donald Trump melepaskan jawatannya diedarkan di beberapa kawasan di Washington.

Anggaran Waktu Membaca:
Edisi palsu The Washington Post diedarkan di beberapa lokasi AS

(Gambar: The Yes Men/Facebook)

Diterbitkan : 18 Jan 2019 10:29AM Dikemas Kini : 18 Jan 2019 10:34AM

AMERIKA SYARIKAT: Edisi palsu The Washington Post yang mendakwa Presiden Donald Trump melepaskan jawatannya diedarkan di beberapa kawasan di Washington.

Cetakan akhbar - bertarikh 1 Mei 2019 dan mirip salinan sebenar The Washington Post - menerbitkan rencana-rencana anti-Trump. Rencana-rencana itu juga dikongsi di satu laman yang kelihatan seperti laman rasmi The Washington Post.

"Kami tidak akan bertolak ansur jika ada pihak yang menggunakan nama The Washington Post. Kami benar-benar prihatin akan kekeliruan dalam kalangan pembaca kami," kata seorang jurucakap The Washington Post, Kris Corrati. "Kami sedang mencari jalan keluar untuk menghentikan penggunaan tidak sah nama syarikat kami."

Lewat Rabu (16 Jan), sebuah kumpulan yang mengakui diri mereka sebagai 'Yes Men' menyatakan bahawa kumpulan itu yang menghasilkan akhbar dan laman palsu tersebut.

Dengan tajuk utama "Unpresidented", berita utama dalam akhbar palsu tersebut melaporkan tentang peletakan jawatan Presiden Trump yang kononnya meninggalkan Washington untuk ke sebuah resort di Crimea, tapak di mana para pemimpin pasukan Bersekutu mengadakan pertemuan semasa Perang Dunia II.

Berita palsu itu juga melaporkan bahawa peletakan jawatan dilakukan secara mendadak disebabkan "bantahan yang dipimpin golongan wanita" di Amerika Syarikat, sesuatu yang dilihat sebagai usaha untuk mempromosikan satu gerakan wanita yang bakal berlangsung esok (19 Jan).

Jacques Servin, dengan nama pena Andy Bichlbaum, berkata beliau salah seorang pengasas 'Yes Men' dan akhbar tersebut bertujuan menjadi satu platform bagi idea-idea menyokong pemecatan Presiden Trump.

"Akhbar ini seperti satu peta hala tuju bagi para aktivis," katanya kepada The Washington Post.

Kos menerbitkan suratkhabar dan membuka laman palsu tersebut sekitar AS$40,000 (S$54,000), kata Encik Servin, sambil menambah bahawa AS$36,000 (S$48,000) dikumpul dari senarai anggota pertubuhan itu. Kumpulan tersebut mencetak 25,000 salinan, dan beliau menganggarkan 10,000 salinan sudah diedarkan. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan