Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Duterte intai perjanjian senjata dengan Israel

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Israel pada Ahad (2 Sept) sebagai sebahagian daripada lawatannya ke rantau itu termasuk Jordan.

Anggaran Waktu Membaca:
Duterte intai perjanjian senjata dengan Israel

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte. (Gambar: Menahem Kahana/AFP)

Diterbitkan : 03 Sep 2018 01:09PM Dikemas Kini : 03 Sep 2018 01:12PM

BAITULMAKDIS: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Israel pada Ahad (2 Sep) sebagai sebahagian daripada lawatannya ke rantau itu termasuk Jordan. Encik Duterte dijangka mengintai pasaran alternatif pembelian senjata untuk pasukan tentera dan polis negara itu daripada bergantung kepada Amerika Syarikat.

Lawatan empat hari ke Israel itu, kali pertama oleh seorang pemimpin Filipina sepanjang lebih 60 tahun hubungan diplomatik antara dua negara, yang dihubungkan oleh sejarah Manila melindungi penganut Yahudi ketika zaman Holocaust.

Encik Duterte, diiringi rombongan termasuk tentera dan polis, disambut di lapangan terbang Ben Gurion berdekatan Tel Aviv oleh Menteri Perhubungan Israel, Ayoob Kara.

Beliau kemudian menuju ke Baitulmakdis bagi sebuah acara pertemuan dengan beberapa pekerja Filipina di Israel.

Pada Isnin (3 Sep), Encik Duterte dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan menandatangani beberapa perjanjian sebelum menuju ke tugu Holocaust Yad Vashem.

Presiden Filipina itu akan bertemu dengan Presiden Reuven Rivlin pada hari Selasa (4 Sep) dan pada hari berikutnya beliau dijadual merasmikan sebuah tugu berhampiran Tel Aviv sebagai penghargaan kepada Filipina menerima seramai 1,300 orang Yahudi yang melarikan diri dari Holocaust.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan