Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Duta PBB bagi hak asasi manusia dilarang masuk oleh pemerintah Myanmar

Pemerintah Myanmar dilaporkan tidak membenarkan duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia, masuk ke negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2017 10:14PM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 10:17PM

GENEVA: Pemerintah Myanmar dilaporkan tidak membenarkan duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia, masuk ke negara itu.

Duta PBB itu, Cik Yanghee Lee berkata dalam satu kenyataan hari ini (21 Dis) bahawa beliau sepatutnya melakukan lawatan kedua ke Myanmar bulan depan bagi menilai keadaan kemanusiaan di negara itu.

Namun, beliau dipercayai diharamkan masuk ke Myanmar kerana laporan penilaiannya dianggap berat sebelah dan tidak adil.

"Sangat memalukan bagi Myanmar untuk mengambil tindakan demikian," katanya.

"Pemerintahnya berkali-kali menafikan bahawa pencabulan hak asasi manusia berlaku di merata Myanmar, terutama sekali di wilayah Rakhine. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak menyembunyikan apa-apa tetapi keengganan mereka mematuhi mandat saya dan misi siasat bukti menunjukkan sebaliknya."

Lebih 655,000 kaum Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarkan operasi terhadap militan, hujung Ogos lalu.

Dengan musim sejuk sekarang ini, dikhuatiri lebih ramai kanak-kanak Rohingya di kem-kem pelarian akan mengalami penyakit pernafasan dan kurang makanan.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia menuduh tentera Myanmar melakukan pembunuhan, pemerkosaan dan membakar rumah-rumah penduduk Rohingya di Rakhine.

Namun Myanmar berkali-kali menafikan tuduhan-tuduhan tersebut. 

Sumber : Reuters/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan