Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Duta Khas baru AS ke Afghanistan mulakan lawatan ke Eropah, Asia

Duta Khas Amerika Syarikat (AS) ke Afghanistan yang baru dilantik, Thomas West, memulakan kunjungannya ke Eropah dan Asia hari ini (8 Nov), lapor Sputnik.

Anggaran Waktu Membaca:
Duta Khas baru AS ke Afghanistan mulakan lawatan ke Eropah, Asia

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 08 Nov 2021 03:23PM Dikemas Kini : 08 Nov 2021 04:20PM

WASHINGTON: Duta Khas Amerika Syarikat (AS) ke Afghanistan yang baru dilantik, Thomas West, memulakan kunjungannya ke Eropah dan Asia hari ini (8 Nov), lapor Sputnik.

"Saya akan mengunjungi Eropah dan Asia mulai hari ini untuk membincangkan hala tuju Afghanistan dengan sekutu dan rakan kongsi. Masyarakat antarabangsa mesti bertindak bersama-sama untuk memastikan usaha-usaha yang diambil berkesan," kata Encik West dalam satu catatan Twitter pada Ahad.

Setiausaha Negara AS Antony Blinken turut mendedahkan di Twitter bahawa kunjungan pertama Encik West adalah ke Brussels untuk berunding dengan sekutu-sekutu dan rakan-rakan kongsi.

Pada pertengahan Oktober, Encik Blinken mengumumkan Zalmay Khalilzad membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Duta Khas AS ke Afghanistan dan akan digantikan oleh timbalannya, Thomas West.

Encik Khalilzad berkata beliau menganggap ia adalah masa yang tepat untuk melepaskan jawatan itu sejak Washington memulakan fasa baru dalam dasarnya terhadap Kabul.

Bulan lalu, Taliban menyatakan ia berharap untuk meneruskan kerjasama dengan Duta Khas AS ke Afghanistan yang baru dan menantikan pelaksanaan penuh Perjanjian Doha.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan