Images
  • lockheed
    Gambar fail pesawat Lockheed-Martin F-35. (Gambar: SOLOMON COOK/AFP)

Duta Jabatan Negara AS dikerah rancakkan penjualan perkakas tentera di Pertunjukan Udara S'pura

WASHINGTON: Buat julung-julung kalinya, Amerika Syarikat akan menghantar diplomatnya yang bertanggungjawab ke atas penjualan perkakas tentera ke Pertunjukan Udara Singapura bagi mempromosikan senjata-senjata buatan negara itu, menurut seorang pegawai Amerika semalam (1 Feb) sedang Jabatan Negara Amerika membuat persiapan untuk merancakkan penjualan senjata di luar negara.

Kehadiran Duta Tina Kaidanow di pertunjukan udara yang paling penting di rantau Asia Pasifik itu, yang bakal berlangsung dari 6 hingga 10 Februari bertujuan untuk merangsang penjualan senjata Amerika Syarikat seperti pesawat F-35 yang dihasilkan oleh Lockheed Martin Corp dan peluru berpandu buatan Raytheon Co.

Pentadbiran Presiden Donald Trump hampir selesai memuktamadkan inisiatif baru iaitu “Buy American” yang menggesa para wakil tentera dan diplomat untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menjana hasil penjualan bernilai berbilion-bilion dolar melalui perniagaan luar negara. 

- REUTERS/SM/sm

Top