Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Duopharma Biotech meterai perjanjian dengan Malaysia untuk bekalkan vaksin COVID-19 Rusia

Anak syarikat milik penuh Duopharma Biotech Bhd, Duopharma (M) Sdn Bhd (DMSB), menandatangani perjanjian dengan kerajaan Malaysia, diwakili oleh Kementerian Kesihatan, untuk membekalkan vaksin COVID-19 Rusia.

Anggaran Waktu Membaca:
Duopharma Biotech meterai perjanjian dengan Malaysia untuk bekalkan vaksin COVID-19 Rusia

Botol-botol Sputnik V. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 01 Jun 2021 08:40PM Dikemas Kini : 01 Jun 2021 08:43PM

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Duopharma Biotech Bhd, Duopharma (M) Sdn Bhd (DMSB), menandatangani perjanjian dengan kerajaan Malaysia, diwakili oleh Kementerian Kesihatan, untuk membekalkan vaksin COVID-19 Rusia.

Syarikat itu telah memuktamadkan pelaksanaan perjanjian bekalan definitif berasingan dengan kerajaan serta subsidiari Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) bagi membekalkan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, Duopharma Biotech menjelaskan bekalan vaksin itu tertakluk kepada pemenuhan syarat yang masih ada sebelum ini berdasarkan perjanjian bekalan tersebut, iaitu kelulusan vaksin oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia, serta syarat dan terma lain bagi bekalan.

Pengarah Urusan Kumpulan, Leonard Ariff Abdul Shatar juga telah mengesahkan tahap kesediaan syarikat.

“Pandemik COVID-19 mencetuskan cabaran luar biasa kepada seluruh rakyat Malaysia, yang kita hanya boleh menyelesaikannya menerusi kerjasama langsung dalam banyak bidang. Duopharma Biotech memberi komitmen penuh dan gembira menjadi sebahagian daripada program inokulasi negara,” katanya.

Sputnik V yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Kebangsaan Gamaleya, Rusia telah berjaya didaftarkan di 68 negara di Amerika Utara dan Selatan, Timur Tengah, Eropah, Asia dan Afrika.

Berdasarkan hasil kajian setara daripada analisis interim kedua Tahap 3 yang diterbitkan oleh satu daripada jurnal perubatan tertua dan paling terkemuka di dunia, The Lancet, keberkesanan Sputnik V telah disahkan pada 91.6 peratus.

Ia merupakan antara tiga vaksin di dunia yang mencatatkan kadar keberkesanan melebihi 90 peratus, dan tiada insiden buruk yang serius berkaitan dengan vaksin tersebut, menurut Duopharma Biotech.

Sumber : Bernama/SS/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan