Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dunia perlukan lebih 43,000 pesawat sepanjang 20 tahun akan datang: Boeing

Terdapat permintaan tinggi daripada ekonomi-ekonomi baru muncul dan syarikat-syarikat penerbangan kos rendah

Anggaran Waktu Membaca:
Dunia perlukan lebih 43,000 pesawat sepanjang 20 tahun akan datang: Boeing

Logo Boeing. (Gambar fail: REUTERS/Kim Kyung-Hoon)

Diterbitkan : 16 Jul 2018 11:55AM Dikemas Kini : 16 Jul 2018 11:57AM

LONDON: Dunia perlu menghasilkan sejumlah 43,000 pesawat baru sepanjang dua dekad akan datang bagi memenuhi permintaan yang meningkat. Demikian ramalan CEO Boeing.

Ketua Eksekutif syarikat gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat itu, Dennis Muilenberg mendedahkan ramalannya yang baru itu sebelum Pertunjukan Udara Farnborough, yang bermula hari ini (16 Jul).

Boeing akan menerbitkan butiran terperinci ramalan terkininya esok iaitu hari kedua acara Farnborough diadakan di kawasan barat daya London.

Pesaing terdekat Airbus dari Eropah meramalkan pada minggu lalu bahawa jumlah pesawat dunia akan naik lebih seganda kepada 48,000 pesawat sepanjang 20 tahun akan datang atas permintaan yang tinggi daripada ekonomi-ekonomi baru muncul serta syarikat-syarikat penerbangan berkos rendah.

Dalam satu ramalan pasaran yang dikemaskini, Airbus menganggarkan hampir 37,400 buah pesawat baru diperlukan bagi memenuhi permintaan global sebanyak AS$5.8 trilion (S$7.9 trilion), menjelang 2037.

Pada tahun lalu, Airbus meramalkan bahawa dunia akan memerlukan sebanyak 35,000 pesawat baru menjelang 2036 yang bernilai AS$5.3 trilion (S$7.2 trilion).

Dalam pada itu, Airbus dan Boeing terus bersaing di acara Farnborough bagi mendapatkan tempahan lumayan jet bernilai berbilion dolar.

Sumber : AFP/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan