Images
  • whitsundays
    Seorang remaja perempuan dan wanita warga emas diserang ikan yu ketika berenang di kawasan tumpuan pelancong di Whitsundays, Australia. (Gambar: Sarah Lai/AFP)

Dua perenang cedera diserang ikan yu di Australia

SYDNEY: Seorang remaja perempuan dan wanita warga emas diserang ikan yu ketika berenang di kawasan tumpuan pelancong di Whitsundays, Australia pada Khamis (10 Jan). Demikian menurut laporan agensi berita Xinhua.

Ketika kejadian itu berlaku, kedua-dua mangsa sedang berenang di Pantai Catseye di Pulau Hamilton. Menurut laporan berkenaan, wanita warga emas itu mengalami kecederaan di bahagian pahanya manakala remaja perempuan tersebut pula digigit di bahagian kakinya.

Pada tahun lalu, seorang lelaki maut akibat diserang jerung semasa berenang di Whitsundays Cid Harbour.

Meskipun terdapat peningkatan pada jumlah serangan di wilayah itu, para pakar mengatakan insiden berkenaan masih disifatkan terpencil.

"Kejadian serangan sangat jarang berlaku di Whitsundays," kata pakar penyelidik ikan yu, Samantha Munroe, kepada agensi berita AAP.

- BERNAMA/AI/ai

Top