Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dua kes baru COVID-19 di New Zealand sedang sekatan Auckland bakal dilonggarkan

New Zealand akan melonggarkan sekatan-sekatan COVID-19 di bandar terbesarnya, Auckland, mulai Isnin (31 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Dua kes baru COVID-19 di New Zealand sedang sekatan Auckland bakal dilonggarkan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Aug 2020 03:41PM Dikemas Kini : 30 Aug 2020 03:42PM

WELLINGTON: New Zealand akan melonggarkan sekatan-sekatan COVID-19 di bandar terbesarnya, Auckland, mulai Isnin (31 Ogos).

Dalam sidang media pada Ahad, Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata mulai Isnin, tahap amaran Auckland diturunkan daripada 3 kepada 2.5.

Bagi seluruh New Zealand pula tahap amarannya masih di paras 2.

Perdana Menteri itu menggesa semua penduduk supaya terus mematuhi garis panduan dari kerajaan.

Di Auckland, perhimpunan sosial akan dibenarkan tetapi tidak melebihi 10 orang.

Ini termasuk bagi majlis perkahwinan dan acara keluarga.

Sehingga 50 orang pula dibenarkan menghadiri upacara persemadian.

Selain itu semua orang berusia 12 tahun dan ke atas diwajibkan pakai pelitup di merata New Zealand apabila menaiki pengangkutan awam.

Pada Ahad, New Zealand melaporkan dua kes baru COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhannya setakat ini 1,700 kes dengan 22 kematian. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan