Dua gempa bumi gegarkan Lombok
Gempa bumi berukuran melebihi 5.0 pada skala Richter menggegarkan Pulau Lombok, Indonesia, petang Ahad (17 Mac).
JAKARTA: Gempa bumi berukuran melebihi 5.0 pada skala Richter menggegarkan Pulau Lombok, Indonesia, petang Ahad (17 Mac).
Gempa pertama berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku pada pukul 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat 24 kilometer dari bahagian timur laut Timur Lombok-Nusa Tenggara Barat.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu disusuli dengan satu lagi gempa berukuran 5.2 pada skala Richter pada pukul 2.09 petang.
Gempa kedua berpusat tujuh kilometer dari barat laut Lombok Timur- Nusa Tenggara Barat.
Gegaran gempa itu dirasakan di Lombok Utara, Lombok Tengah, Lombok Barat dan sehingga ke Denpasar, Bali.
Tiada ancaman tsunami dilaporkan dan setakat ini, belum terdapat laporan mengenai kesan gempa berkenaan terhadap para penduduk serta kawasan setempat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.