Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dua beradik warga emas maut dalam kebakaran rumah

Dua beradik maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang di Kuala Kurau pada awal pagi Khamis (12 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Dua beradik warga emas maut dalam kebakaran rumah

Gambar hiasan. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Dec 2019 08:26AM Dikemas Kini : 12 Dec 2019 08:32AM

IPOH: Dua beradik maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang di Kuala Kurau pada awal pagi Khamis (12 Dis).

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, mangsa-mangsa yang maut dikenali sebagai Aisyah Din, 80 tahun, dan adiknya Ida, 56 tahun, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

"Kedua-dua mangsa ditemui berdekatan dengan pintu utama rumah itu," katanya ketika dihubungi hari ini (12 Dis).

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 1.52 pagi.

Semasa anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Tanjung Piandang tiba di tempat kejadian, rumah itu sudah terbakar 80 peratus, katanya.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan