Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Wan Azizah seru masyarakat bermuhasabah sempena Aidiladha

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha dengan pengisian bermanfaat seperti menyambung silatulrahmi dan persaudaraan serta meningkatkan kepedulian terhadap masyarakat setempat yang menjadi tanggungjawab bersama.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Wan Azizah seru masyarakat bermuhasabah sempena Aidiladha

Gambar fail Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa wawancara dengan Mediacorp.

Diterbitkan : 22 Aug 2018 11:47AM Dikemas Kini : 22 Aug 2018 11:49AM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha dengan pengisian bermanfaat seperti menyambung silatulrahmi dan persaudaraan serta meningkatkan kepedulian terhadap masyarakat setempat yang menjadi tanggungjawab bersama.

Beliau berkata Aidiladha menuntut umat Islam bermuhasabah terhadap peranan dan kepedulian sebagai seorang hamba, anggota masyarakat dan juga pemimpin.

"Masing-masing (perlu) berganding bahu untuk melaksanakan tanggungjawab selaras dengan posisi masing-masing. Penghayatan terhadap sejarah dan peristiwa Aidiladha mampu memandu dan memimpin hala tuju hidup seseorang individu dan kebangkitan sesebuah negara," katanya dalam perutusan Aidiladha.

Dr Wan Azizah turut menyeru umat Islam di Malaysia supaya memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukan serta menjaga kesihatan terutama ketika menikmati hidangan yang lazat pada hari perayaan.

"Berpada-padalah dalam mengambil juadah serta berhati-hati di jalan raya. Kita mahu Aidiladha ini meninggalkan kenangan yang indah seiring ibadah.

"Jangan ia menjadi memori pahit yang menyayat hati," katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan