Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Sahruddin perlu laksana tugas dengan tegas demi rakyat, tegas Anwar

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim berharap Dr Sahruddin Jamal akan melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Johor yang baru dengan tegas dalam membela nasib rakyat.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Sahruddin perlu laksana tugas dengan tegas demi rakyat, tegas Anwar

Gambar fail Anuwar Ibrahim. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 15 Apr 2019 07:57AM Dikemas Kini : 15 Apr 2019 07:59AM

KUANTAN: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim berharap Dr Sahruddin Jamal akan melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Johor yang baru dengan tegas dalam membela nasib rakyat.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana proses pertukaran Menteri Besar Johor berlaku dalam suasana yang baik dan teratur walaupun mendakwa terdapat sedikit keluh kesah pada peringkat awal.

Katanya, PKR sejak dari awal berpendirian kedudukan kerusi itu adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyokong pelantikan Dr Sahruddin selaku Menteri Besar Johor.

"Kita ucapkan tahniah dan berharap (Dr Sahruddin) dapat meningkatkan prestasi untuk menjaga dasar dan kepentingan rakyat Johor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Keadilan Pahang di Kuantan Avenue, semalam (14 Apr).

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Fuziah Salleh dan Menteri Luar Encik Saifuddin Abdullah yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota.

Dr Sahruddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, semalam dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 bagi menggantikan Encik Osman Sapian yang meletak jawatan pada 8 April lalu.

Dr Sahruddin menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, pada 9.30 pagi semalam (14 Apr).

Sementara itu dalam ucapannya pada majlis itu, Encik Anwar juga menyifatkan pengunduran Encik Osman daripada jawatan Menteri Besar sebagai bukti ketegasan kerajaan Pakatan Harapan.

"Mana ada dalam sejarah seorang Menteri Besar hanya 10 bulan... tapi ini berlaku kerana kita berjanji tidak akan tunggu jika ada kesilapan. Jika berlaku pada pentadbiran dahulu, adakah mereka akan lakukan yang sama?," katanya.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan