Images
  • dr mahathir
    Dr Mahathir Mohamad (Gambar: AFP)

Dr Mahthir seru Malaysia contohi Jepun

JEPUN: Dr Mahathir berkata beliau mengagumi budaya rakyat Jepun dan di Malaysia beliau sentiasa bercakap tentang perasaan malu yang dimiliki oleh orang Jepun.

“(Waktu dulu) apabila mereka gagal menyelesaikan apa yang mereka laksanakan, mereka melakukan harakiri (ritual bunuh diri). Sekarang tidak lagi, namun mereka bertanggungjawab atas kesilapan mereka… mereka rasa malu.

“Di Malaysia, kadang-kadang kita tidak ada rasa malu walaupun kita gagal. Kebelakangan ini, orang ke penjara tanpa rasa malu langsung, mereka senyum. Kita perlu ubah budaya itu. Jika anda ada rasa malu, ia akan dorong kita capai matlamat setiap kali kita ditugaskan dengan sesuatu kerja atau sasaran,” katanya.

Perdana menteri berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis penganugerahan ijazah kehormat ke atas beliau daripada University of Tsukuba di Tokyo pada Isnin.

Hadir sama ialah isteri beliau Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Encik Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Encik Saifuddin Abdullah dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

- BERNAMA/NA/na

Top