Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir umumkan penjawat awam akan terima bantuan khas Aidilfitri

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa kerajaannya akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir umumkan penjawat awam akan terima bantuan khas Aidilfitri

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 May 2019 04:37PM Dikemas Kini : 16 May 2019 04:46PM

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa kerajaannya akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut berapa jumlah yang akan diberikan dan sama ada bantuan khas itu akan diberikan kepada semua penjawat awam.

Dr Mahathir berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

"(Bantuan khas Aidilfitri untuk penjawat awam) ada, kita akan isytiharkan kemudian," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 hari ini (16 Mei).

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam.

Pada 30 April lepas, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memohon kepada kerajaan persekutuan agar dapat memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam di seluruh negara.

Tahun lalu, kerajaan memberikan bantuan khas berkenaan iaitu bagi gred 41 dan ke bawah sebanyak RM400 (S$131) seorang manakala pesara kerajaan sebanyak RM200 (S$66).

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan