Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir turun Port Dickson Isnin, sokong rapat politik Anwar

Para pemimpin Pakatan Harapan (PH), termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan ikut serta rapat politik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim di Port Dickson pada malam esok (8 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir turun Port Dickson Isnin, sokong rapat politik Anwar

Encik Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 06 Oct 2018 01:33PM Dikemas Kini : 06 Oct 2018 01:43PM

PORT DICKSON: Para pemimpin Pakatan Harapan (PH), termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan ikut serta rapat politik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim di Port Dickson pada malam esok (8 Okt).

Bercakap dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Port Dickson pada pagi Sabtu (6 Okt), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail berkata rapat itu akan dihadiri Encik Anwar, Dr Mahathir, Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu serta Encik Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng, mewakili Parti Tindakan Demokratik.

Rapat itu bermula pada jam 8.00 malam dan dijadual diadakan di Batu 6 Gateway di Bagan Pinang, tambah Encik Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR.

Semalam (5 Okt), Dr Mahathir memberitahu para wartawan bahawa beliau akan turun berkempen di Port Dickson bagi menyokong Encik Anwar.

Dr Mahathir menjelaskan keputusannya itu diharap akan menepis dakwaan bahawa hubungan beliau dengan bakal Perdana Menteri kelapan itu dingin.

"Ada banyak orang buat kritikan terhadap saya, dakwa saya dengan Anwar bergaduh, tidak sokong Anwar. Jadi, saya akan turun ke sana (Port Dickson)," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas mesyuarat majlis presiden PH.

Mengulas keputusan tersebut, Encik Saifuddin berkata kehadiran Dr Mahathir di Port Dickson akan memberi rangsangan besar kepada kempen Encik Anwar.

Beliau menjangkakan sehingga 10,000 orang datang ke rapat tersebut.

"Jika Dr Mahathir datang, beliau akan menarik orang untuk datang dan dengar," kata Encik Saifuddin lagi.  

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan