Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir tolak kerjasama UMNO

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menolak sebarang penyertaan dan kerjasama UMNO dalam Pakatan Harapan (PH) kerana parti itu sendiri belum tentu sama ada sah atau tidak.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir tolak kerjasama UMNO

Gambar: REUTERS.

Diterbitkan : 14 May 2018 09:38PM Dikemas Kini : 14 May 2018 11:10PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menolak sebarang penyertaan dan kerjasama UMNO dalam Pakatan Harapan (PH) kerana parti itu sendiri belum tentu sama ada sah atau tidak.

Demikian dilaporkan BHOnline.

"Parti UMNO tidak boleh ada dalam PH," katanya pada sidang media khas, hari ini (14 Mei).

Ditanya lanjut adakah UMNO kini berdepan isu pembatalan sekiranya siasatan dilakukan terhadap pendaftaran parti itu, Dr Mahathir berkata, proses itu terserah kepada mahkamah untuk memutuskannya.

"Malah, ia juga terserah kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk menentukan status pendaftaran UMNO," katanya.

Sumber : Agensi berita/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan