Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir tidak tolak kemungkinan F1 kembali ke Malaysia

"Mungkin," katanya ketika ditanya para wartawan sama ada pemasangan lampu limpah di sepanjang Litar Antarabangsa Sepang (SIC) boleh dilihat sebagai petanda perlumbaan berprestij itu akan kembali dianjurkan di SIC.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir tidak tolak kemungkinan F1 kembali ke Malaysia

Gambar fail Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/ Reuters)

Diterbitkan : 02 Aug 2018 08:13AM Dikemas Kini : 02 Aug 2018 08:17AM

SEPANG: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan perlumbaan Formula One (F1), yang kali terakhir dihoskan Malaysia tahun lepas, diadakan semula di negara itu.

"Mungkin," katanya ketika ditanya para wartawan sama ada pemasangan lampu limpah di sepanjang Litar Antarabangsa Sepang (SIC) boleh dilihat sebagai petanda perlumbaan berprestij itu akan kembali dianjurkan di SIC.

Beliau sebelum itu memandu kereta Ferrari di litar sepanjang 5.543 kilometer sebagai simbolik perasmian 'Circuit Lights' berkenaan pada malam Rabu (1 Ogos).

Dr Mahathir bagaimanapun menarik perhatian bahawa kadar pencahayaan lampu limpah yang lebih tinggi diperlukan sekiranya SIC mahu mengadakan perlumbaan pada sebelah malam.

"Kalau untuk F1 pencahayaan kena lebih terang sedikit sebab kadar pencahayaan sekarang tidak berapa cerah. Ia akan menyukarkan kerja-kerja penyiaran," katanya.

Dr Mahathir berkata SIC berpotensi menjadi kota raya sukan permotoran dan sebagai platform untuk memajukan sukan permotoran di negara itu.

"Sepang boleh menjadi kota raya sukan permotoran di mana setiap orang yang berminat dalam aktiviti seumpama itu atau kejuruteraan boleh datang ke sini dan belajar untuk maju dalam bidang ini," kata beliau.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata terpulang kepada Kabinet untuk menentukan sama ada perlumbaan F1 akan diadakan semula di Malaysia.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan