Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir tidak puas hati terhadap prestasi kabinet M'sia

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri sejak dilantik memegang portfolio masing-masing dalam kerajaan baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir tidak puas hati terhadap prestasi kabinet M'sia

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 07 Sep 2018 06:58PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 07:00PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri sejak dilantik memegang portfolio masing-masing dalam kerajaan baru.

''Saya tidak pernah berpuas hati. Kalau boleh, apa yang saya hendak (sesuatu yang telah diarahkan), telah dibuat kelmarin, bukan hari ini,” kata Pengerusi Pakatan Harapan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor hari ini (7 Sep).

Dr Mahathir turut membidas tindakan sesetengah pegawai kerajaan yang melambatkan sesuatu keputusan hingga terpaksa ditukar ke jabatan lain bagi melicinkan pentadbiran.

Beliau turut memberikan contoh tindakan pegawai yang melengahkan pelantikan pegawai menteri sehingga tidak dibayar gaji sejak empat bulan lalu.

“Oleh sebab tertentu, kita tidak boleh mencapai 100 peratus janji kita. Kerosakan dalam kerajaan jauh lebih buruk sehinggakan ada orang elak laksanakan keputusan-keputusan yang telah dibuat.

“Kita dapati ada pegawai masih setia kepada pentadbiran lepas dan Najib (mantan Perdana Menteri Najib Razak). Apabila kita lantik pegawai, menteri berhak mendapatkan kakitangan mereka. Walaupun saya sudah luluskan pelantikan, tapi mereka masih belum mendapat gaji kononnya ada tidak kena dengan pelantikan.

“Bila Kabinet putuskan untuk ambil tindakan, barulah gaji dibayar,” kata beliau.

Berhubung mesyuarat hari ini (7 Sep), Dr Mahathir berkata beberapa perkara dibincangkan termasuk tahap kepuasan hati rakyat negara itu kepada kerajaan, peranan yang boleh dimainkan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun depan atau berikutnya, selain hal dalaman gabungan kepartian. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan